Tuesday, December 9, 2008

IMAM ALI KHAMENA'I DAN KEBANGKITAN IMAM MAHDI -SIRI 2-

IMAM ALI KHAMENA'I DAN CIRI-CIRI PENGGERAK GERAKAN MAHDAWIYAH

" Untuk terjadinya kehadiran Imam Mahdi a.s tidak cukup dengan syarat berlakunya kezaliman dan kefasadan sahaja, tetapi ia juga memerlukan kepada persyaratan
1) INSAN SOLEH,
2) PEMIKIR YANG KUAT
3) IMAN YANG KUKUH
4) FIZIKAL YANG TERLATIH
5) HATI YANG TERANG (BERSIH)


Imam Zaman a.j merindui peribadi yang
1) TABAH MENGHADAPI TENTANGAN DAN UJIAN YANG PAHIT
2) TIADA KERAGUAN, KEGENTARAN, KEMUNDURAN DAN YAKIN DENGAN KEPUTUSAN SEHINGGA MAMPU MELAKSANAKAN TAKLIF YANG BESAR IAITU MELAKUKAN PERUBAHAN DI ATAS MUKA BUMI INI (MENUJU ARAH POSITIF)

mereka ini perlu siap menghadapi segala masalah serta komplikasi-komplikasinya, begitu juga mereka perlu ada
1) SISTEM YANG KUAT YANG MANA ANGGOTANYA TIDAK PERNAH GENTAR DAN RAGU,
2) MEMILIKI BASYIRAH (MATA HATI YANG TERANG) DAN TIDAK KHAWATIR DENGAN SEGALA MASALAH YANG DIHADAPINYA.
Begitulah imam kita….

Imam Mahdi a.j sentiasa MERINDUI peribadi yang
1) PEKA DAN SEDAR TERHADAP APA YANG BERLAKU
2) BERPENGALAMAN
3) BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
4) TELITI DENGAN SETIAP MASALAH DAN ISU
5) PENUH PENGORBANAN
6) PENGABDI MASYARAKAT
7) PEJUANG MENGHADAPI MUSUH ALLAH

Kalian sudah wajib mempersiapkan diri, hingga insyaallah ketika waktu yang dijanjikan sampai kalian sudah dapat memenuhi keperluan tersebut…antara persiapan tersebut :
1) TAQWA
2) TAWADHU',
3) MEMBANTU YANG LEMAH
4) BERTAHAN MENGHADAPI PENINDASAN
Ini semua merupakan sifat-sifat pejuang Imam Mahdi a.s…"

PERSIAPAN KEMUNCULAN IMAM MAHDI A.J

" Untuk keminculan Imam Mahdi a.s perlu adanya persiapan iaitu perlaksanaan HUKUM ISLAM dan PEMERINTAHAN AL-QURAN…..maka harus ada persiapan, ketika persiapan telah dilakukan, maka insyaallah kehadiran Imam Mahdi a.s pun akan tersedia.

Wahai umat yang mulia, TERUTAMANYA PARA PEMUDA, apapun yang dianggap layak dari segi ma'rifah, akhlaq, tindakan mencari peluang yang lebih banyak pada diri kalian maka "masa akan datang' akan lebih dekat lagi.
Kita perlu mengetahui bahawa kemunculan Imam Mahdi a.j selangkah lebih dekat dengan revolusi Islam kita, ketika itu juga masyarakat akan lebih dekat lagi dengan Imam Zaman a.j.

Bagaimana ?

Seberapapun lingkaran Islam yang saya dan anda miliki di Iran ini dapat diperbesarkan lagi dan sejauh mana kalian dapat memperluas Islam ini kealam yang lain, Negara yang lain, ke titik-titik gelap yang lain, sejauh itu pulalah kehadiran Imam Mahdi a.j akan mendekat.
Tujuan MASYARAKAT SYURGAWI ALAWI MAHDAWI HARUSLAH KITA PERSIAPKAN kewujudannya DARI SEKARANG, kita tidak boleh seiring dengan kezaliman dan kefasadan, dan perlu menolaknya, serta bersikap jelas pada hal ini. PADA DIRI KITA PULA PERLU TERDIDIK DENGAN ATURAN-ATURAN ISLAM BEGITU JUGA PADA MASYARAKAT KITA. SAMA SEKALI TIDAK BOLEH MEMBERI KESEMPATAN UNTUK MENERIMA PEMIKIRAN NON ISLAM DAN ANTI ISLAM.

Kita harus menjadikan semua sistem, pengurusan dan semua aspek pelaksanaan samada zahir maupun bathinnya adalah bersifat Islam. Arah inilah yang diberikan oleh 'Penantian Imam Mahdi' pada kita.


Imam Mahdi a.j di dalam Doa Nudbah (doa pagi hari Jumaat) yang kita baca menentang kefasikan, permusuhan, thaghut dan kemunafikan, segala bentuk pertikaian dan kelalaian yang merusak kedua-dua sisi insani iaitu material dan spiritual.. Kita di dalam masyarakat hari inipun harus bergerak menuju ke arah Imam Zaman a.j dan terus maju. Inilah yang akan menjadikan hubungan jiwa kita lebih dekat dengan Imam Mahdi a.j, sehingga masyarakat kita menjadi 'Masyarakat Waliyul Asri' dan akan lebih dekat lagi dengan masyarakat Mahdawi Tauhidi.

Wassalam

No comments: