Wednesday, November 26, 2008

IMAM ALI KHAMENA'I DAN KEBANGKITAN IMAM MAHDI -SIRI 1-

MAKNA INTIZHAR (PENANTIAN) :

Menanti "kehadiran" Imam Mahdi adalah menanti Pemerintahan al-Quran dan Islam
" Kalian tidak akan pernah puas dengan kemajuan dimana kalian sedang berada sekarang, sekalipun dengan kemajuan revolusi Islam yang telah kita capai. Kita masih berharap lagi untuk lebih dekat dengan pemerintahan al-Quran dan Islam inilah penantian . Intizhar adalah menunggu karya sempurna pekerjaan kemanusiaan.

Hari ini kemanusiaan berada dalam bangunan musibah,, dilanda musibah yang kompleks.
Hari ini budaya material ditunggangi untuk dipaksakan pada kehidupan manusia.. ini sebuah musibah.

Hari ini di seluruh permukaan bumi sebahagian manusia sedang tertindas. Hari ini mustadh'afin (golongan tertindas) di Afrika, Amerika Latin dan jutaan manusia sedang kelaparan di Asia, semuanya di bawah penindasan Apartheid. Pandangan penuh harap dan teriakan meminta tolong mereka ! terhambat oleh tekanan kuasa-kuasa besar ini. Ini sebuah musibah.

Hari ini pola berfikir manusia di dunia telah terbalik, hingga teriakan keadilan masyarakat revolisioner terhadap keangkuhan kuasa-kuasa besar dunia dianggap sesat. Ini sebuah musibah. Zuhur (kemunculan Imam Mahdi) akan memecahkan segala musibah ini.Kini saya akan bukakan pandangan yang lebih luas yang tidak terbatas pada kehidupan seharian sebuah rumah tangga. Di seluruh dunia insaniyah selalu mengharapkan kemunculan, tapi mereka tidak mengetahui jalan kemunculan itu. Kalian muslimin adalah kaum yang revolisioner harus bergerak dengan teratur melanjutkan revolusi Islam agar mendekatkan lagi kemunculan dunia kemanusiaan. Kalian WAJIB mengarah pada kemunculan Imam Mahdi al-Mau'ud (yang dijanjikan) yang akan menjanjikan revolusi terakhir kemanusiaan yang mencakup seluruh dunia, seluruh alam akan terbuka saat itu mengeluarkan keberkahannya…langkah demi langkah harus diatur, dekatkan dirimu pada nilai-nilai kemanusiaan….inilah makna penantian akan kehadirannya.

Penantian kehadiran Imam mahdi adalah penantian untuk mengisi dunia dengan keadilan dan pemberian hak pada manusia.

Penantian adalah melenyapkan kezaliman (meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya) dari segala aspek kehidupan manusia dan menanti sampainya dunia pada kesempurnaan insaniyah samada dari sisi materi mahupun maknawinya. Penantian adalah kerinduan insan soleh untuk melaksanakan keadilan.

Sebelum zuhurnya Imam Mahdi aj manusia-manusia soleh AKAN DIUJI di dalam medan mujahadahnya (perjuangannya), MEREKA AKAN MASUK DIKANCAH PERCUBAAN SEBELUM KELUAR DENGAN KEBANGGAAN. Dunia hari demi hari akan lebih mendekat pada harapan itu dengan keberadaan organ-organ yang bertujuan pada gerakan Mahdawiyah ilahiah ".

Imam Ali Khamena'i melanjutkan lagi :
" Semua aqidah yang benar akan menjadi target serangan musuh….kita hari ini harus betul-betul waspada dan hati-hati ! Musuh telah menyusup dalam peraturan dan hukum Islam. Setiap aqidah, perkembangan syariat suci akan menjadi pola kehidupan individu. Masyarakat dan umat Islam telah memberi kesan positif pada permainan musuh dengan segala tipu dayanya musuh akan berusaha semaksimum mungkin untuk menghancurkannya sehancur-hancurnya, setidak tidaknya mereka akan berusaha untuk memecah belah aktiviti mereka.
Baiklah, mungkin kalian bertanya apa sebenarnya yang telah musuh lakukan?!
Bagaimana musuh bertindak untuk menghilangkan aqidah Islam dari masyarakat?!
Tidak, ini merupakan satu kesilapan!
Musuh akan dapat melakukan tetapi dalam jangka waktu yang lama, terkadang dalam waktu puluhan tahun, mereka akan berusaha untuk memadamkan cahaya atau merubahnya menjadi titik gelap..melalui akidah Islam mereka telah banyak bekerja, melalui akidah tauhid, akidah imamah dengan menggunakan istilah-istilah akhlak irfani seperti sabar, tawakkal dan qana'ah dan redha! Mereka berkerja..semua ini merupakan point-point penting bagi kaum muslimin ketahuinya. Perhatikanlah sungguh-sungguh ! apa yang telah dikerjakan oleh musuh. Mereka berusaha menggantikan motor penggerak masyarakat Islam, sehingga nanti ketika perlu untuk mereka gunakannya, ianya (motor penggerak) telah rosak dan makna kebenaran juga telah berubah di akal manusia. Penggerak masyarakat itu (sedar atau tidak) telah menjadi 'candu dan ubat tidur' bagi masyarakat…Inilah yang mereka lakukan…

Sekarang perbicaraan kita pula pada musuh yang pandai (samada munafik atau kuffar) ! mereka datang pada akidah ini. Saya mendengar dimana puluhan tahun yang lalu iaitu ketika terjadi penjajahan di Afrika Utara, dimana disana terdapat banyak pencinta Ahlul Bait a.s. Tetapi mazhab mereka masih mazhab Islam (bukan mazhab Ahlul Bait a.s) dan cinta juga kepada Ahlul Bait a.s, Negara-negara seperti Moroko, Sudan memiliki akidah Mahdawiyah yang beragam-ragam. Dulu ketika penjajah pertama memasuki kawasan ini, mereka menghadapi kesulitan yang amat sangatkerana berkat adanya akidah Mahdawiyah ini.

Lihatlah ! batapa pentingnya akidah Mahdawiyah ini !!
Ia memberikan 'aspirasi kekuatan' pada suatu bangsa, sebagaimana darah dalam nadi dan roh di dalam badan, kerana ia adalah satu harapan…
Kita dipaksakan oleh musuh untuk mendengarkan bisikan "PUTUS ASA DAN KECEWA"..sebagai contoh bisikan mereka

"wahai tuan ! kalian tak mampu menghadapinya..tak ada gunanya ".

Inilah yang hendak musuh paksakan pada kepercayaan masyarakat, kami melihat betapa propaganda ini dijalankan dengan sangat teratur sekali, sehingga masyarakat benar-benar berputus asa setelah itu (samada mereka sedar atau tidak akan hal ini).
Masyarakat juga dibuat putus asa deagan EKONOMI DAN SOSIO BUDAYA..
Pejuang-pejuang kemerdekaan yang gigih berjuang melalui budaya dan politiknya menjadi putus asa dengan perjuangan budaya bangsa dan politiknya.HARI INI, SETIAP ORANG DAN SETIAP AKTIVITI YANG MEMBUAT ORANG MERASA PUTUS ASA (BERJUANG MENGHADAPINYA) MERUPAKAN AKTIVITI MUSUH, SAMADA DIA MENGETAHUI ATAUPUN TIDAK. SETIAP PENA YANG DITULIS DI ATAS HELAIAN-HELAIAN KERTAS YANG MENYEBABKAN KEPUTUS ASAAN PADA PERJUANGAN MASYARAKAT, PENA INI MERUPAKAN PENA MUSUH ! BAIK PEMILIK PENA TADI TAHU ATAUPUN TIDAK (DIGUNAKAN) !

Kalau mereka tidak berhasil mereka akan merusak pula pemikiran masyarakat dengan mengatakan :
" Baiklah, imam nanti akan datang juga, nanti semua perkara akan diselesaikan olehnya "
Kata-kata ini sangat merusakkan akidah! Inilah yang membuatkan ubat kuat menjadi candu. Apa maksud mereka nanti imam dating dan akan selesaikan semua perkara ? jadi apa yang harus kalian lakukan ? kalian WAJIB mempersiapkan saham bagi menyambut kehadiran Imam Mahdi aj dengan mempersiapkan diri juga.
Para Penindas Dunia dan Zionis sedang berusaha untuk menjadikan SEMUA BANGSA dibawah kekuasaan mereka, dengan membiasakan keadaan DARURAT (terdesak, terpaksa), inilah bentuk kebiasaan mereka dalam berkerja dan tidak akan berubah. Kekuatan penjajah menjadikan masyarakat lupa , lalai, tidak memiliki aktivis, tidak memiliki pengaruh rakyat…keadaan inilah yang akan menjadi syurga buat musuh.

Tetapi PENANTIAN KEHADIRAN IMAM MAHDI MENCIPTAKAN INSAN UNTUK TIDAK PERNAH MENGENAL ERTI PUTUS ASA AKAN KEADAAN YANG ADA, INSAN SOLEH INI AKAN BERUSAHA KERAS UNTUK MENCAPAI KEADAAN YANG LEBIH BAIK DAN SEMPURNA…"

bersambung...

Saturday, November 1, 2008

Akhlak Pemimpin Islam

Sewaktu menonton klip-klip video pemuda dan pemudi negara Iran yang mana mereka telah diberikan kesempatan untuk bertemu dengan pemimpin ummat Islam Al Imam Sayyid Ali Khamenei, terdetik rasa kagum serta cemburu terhadap mereka. Mereka yang sememangnya menanti-nantikan kedatangan Sayyid didalam satu ruangan dengan penuh semangat kecintaan dan hormat terhadap beliau sambil menyeru nama beliau,yang mana telah dibalas Sayyid dengan kecintaan yang luar biasa,yang mana Sayyid dengan penuh kecintaan dan keramahan menyanjungi mereka dengan penuh kerendahan diri. Sayyid Ali dalam pertemuan tersebut menggelarkan dirinya sebagai ayah kepada pemuda-pemudi tersebut,saat kedengaran dari mulut Sayyid membahasakan dirinya sebagai ayah dengan penuh haru dan emosi tangisan anak-anak muda tersebut kedengaran sambil memanggil-manggil beliau dengan penuh rasa cinta serta kasih sayang. Nasihat-nasihat yang diberikan Sayyid amat luar biasa, yang mana mereka yang berada di tempat tersebut mendengar dengan cermat dan teliti serta dengan mudah mencerna kata-kata pesanan Sayyid didalam jiwa mereka. Kata-kata Sayyid benar-benar membekas dihati mereka.


Antara nasihat beliau yang amat penting adalah waktu usia remaja amat berharga, faktor yang membentuk keperibadian cemerlang remaja adalah dengan mempelajari ilmu,mendidik diri dengan perlakuan yang baik serta aktif dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum dan sebagainya.Beliau juga turut menyentuh akan gerakan musuh terutamanya Negara barat yang cuba mempengaruhi serta menjadikan pemuda-pemuda khususnya pemuda Islam berada dibawah kawalan mereka dan merosakkan mereka dengan segenap kemampuan mereka.Sayyid juga menyeru pemuda-pemuda Iran supaya peka dan menjauhkan diri dari usaha-usaha musuh sambil meningkatkan keimanan. Sebuah peristiwa yang menakjubkan,kerana mereka benar-benar mengerti dan memahami akan fungsi pemimpin dan tanggungjawab mereka pada pimpinan mereka. Kebanyakan dari mereka yang diwawancara tidak mampu menceritakan kembali detik-detik pertemuan tersebut malah ada yang termangu bagaikan didatangi mimpi.


Kesimpulan yang dapat saya buat adalah wujud pemimpin telah menyinari hati-hati mereka. Itulah punca kecemburuan saya,yang mana hakikatnya kita sendiri di saat ini masih tercari-cari akan pemimpin yang mampu menuntun kita dalam apa jua keadaan, keperluan dan kepentingan sesuai dengan usia dan kemampuan. Terlintas di fikiran saya,bilakah kita akan jadi seperti mereka?Bilakah kita akan menyaksikan peristiwa sebegitu di tempat kita?Apakah mampu untuk kita menjadi seperti itu?Pokok, jawapan yang akan diberikan kita boleh jadi berbeza, tergantung kewarasan kita untuk menilai dan berfikir sebaik-baiknya. Para pemuda Iran benar-benar memahami tanggungjawab mereka pada agama, pemimpin dan juga negara, sedangkan kita masih terpinga-pinga malah lalai serta cuba mengabaikan dan menafikan tanggungjawab yang sedang kita pikul. Walhal kita mengetahui yang usia remaja adalah tahap atau tingkatan usia yang paling fleksibel dalam carta usia manusia, yang mana tempoh-tempoh keremajaaan dilewati dengan perkembangan fitrah, daya fikir, tanggungjawab, kemahiran dan sebagainya sehingga ke tahap maksima yang mampu dicapai mengikut kemampuan masing-masing. Seringkali kita dengar hal-hal yang negatif berkaitan dengan remaja. Kehidupan dan masa depan yang berharga ada ditangan pemuda tapi disia-siakan.Banyak hal yang menjadikan usia remaja berharga, bukan setakat kebolehan dan kemampuan sahaja malah usaha pemuda lebih gigih dibandingkan dengan golongan yang lebih senior dari mereka. Namun kita masih tersalah dalam mengerti akan makna dan hakikat usia ini, yang mana kita tak lari dari membuat pengertian bahawa usia remaja adalah had mula umur manusia untuk bebas membuat keputusan dan melakukan hal-hal yang diinginkan.


Pengertian remaja yang sebenarnya seringkali disalah erti sehingga boleh mengakibatkan kerosakan mentaliti, fitrah kemanusiaan serta akhlak.Apa sahaja tindakan yang dilakukan untuk menyelematkan remaja dari terjerumus ke jurang kesalahan hanya boleh dilakukan dengan kesedaran. Sebenarnya usia remaja ini adalah waktu untuk mempelajari erti sebenar kehidupan kita, sehingga ianya praktikal untuk menjadi seseorang yang berfungsi didalam komuniti masyarakat kita. Sejauh pengetahuan saya, hanya Islam, sebuah agama yang menitik beratkan dan memanfaatkan peranan remaja dalam agama,negara dan masyarakat.Masalah terbesar yang dihadapi Negara barat adalah tidak menyentuh,memerhati dan mempedulikan isu dan masalah remaja mereka, malah menyembunyikan isu tersebut.Disebabkan itulah Islam melihat isu remaja amat penting demi kesejahteraan agama, bangsa dan Negara..Kerana itulah didikan agama yang baik serta bermanfaat dimulakan sejak dari kecil.Masyarakat yang baik adalah sebuah komuniti besar yang mana format asal mereka terbentuk dari usia remaja yang terdidik serta peka terhadap tanggungjawab dan fungsi mereka didalam masyarakat.Semoga dengan kesedaran kecil yang kita milki,mampu untuk mencegah dan mendidik pemuda-pemuda Islam dan Negara ini dari menyimpang kearah kerosakan yang membinasakan Agama bangsa dan Negara.